Ini kisah dua hari lepas tapi disebabkan saya busy dengan exam maka baru sekarang saya sempat mahu update ini entri.Sebelum itu mahu bagitahu yang saya sudah habis exam(ada ke orang lain nak kesah???Ada yang awal-awal lagi sudah habis exam kot).
Cerita mula.UUM terputus bekalan air selama dua hari.Boleh anda imagine macam mana rasa tiada air?Mahu cari setitik air memang susah(ayat macam ada unsur-unsur penipuan di situ).
Bila tiada air maka students ada muka yang bertukar pelbagai color.Pink,purple,biru dan macam-macam la(tipu lagi).
Saya bila tiada air mula la macam lipas kudung.Sana-sini sibuk mencari air.Balik exam,mahu solat tiba-tiba tiada air.Wallawey!Macam mana ni.Badan melekit sana-sini.Confirm tak boleh tidur.First day tiada air,tengah malam tu saya menumpang bilik kawan di DPP(Dewan Penginapan Pelajar) sebelah.Mujur ada air.Boleh la menumpang mandi kan.Esoknya pun still tiada air.Maka saya call lagi si crime partner,Cik Dayah Kadir mahu menumpang mandi.Mengangkut la segala keperluan ke sana.Pakaian,towel,gayung,baldi dan segala macam la.
Saya,cik Juju dan juga cik Mas.Baru je letak badan bawah shower dan baru je air dua tiga titik sampai ke kepala suddenly...Tup!Air tiada.Wah...tragiknya hidup.Macam mahu nangis betul.Mula la tak senang duduk.Macam-macam yang fikir dalam kepala ni.Finally kami bertiga ambil keputusan untuk menumpang mandi di Masjid Kampung Tradisi,Changlun.Punya la jauh mahu pergi mandi.
Mandi memang tak ingat dunia.Macam tak pernah jumpa air.Kesian betul hidup.
Lepas mandi rasa lapar pula.Almaklumlah,malam sebelum tu tiada selera mahu menjamah makan bila tiada air.Kawan-kawan teringin pula mahu makan nasi kandar.Fikir punya fikir mahu makan di mana,alih-alih terlepas ke Jitra.Makan ikan bakar.Kedai makan tersebut berdekatan Taman Siswa UUM.Memang pack betul.Orang memang ramai.Makanan di situ sedap dan murah.Sangat murah.Majoriti regular customer adalah students politeknik dan abang perang.
Time makan memang khusyuk.Langsung tiada suara.Tapi agak terganggu bila ada seorang mamat ni asyik usha tak berkelip mata.Bila kami pandang dia balik,sikit pun dia tak alihkan pandangan.Staring at us.Pelik sangat ke kami ni ha?Muka boleh tahan but he is a smoker.I tak berapa nak gemar itu.
Lepas makan mahu solat Zohor.Kononnya mahu pergi solat je tapi alih-alih terlepas pula ke cinema.Tengok
Narnia.Pergi Jitra Mall dengan pakai seluar track yang guna untuk di bilik sahaja,t-shirt bodoh dan
selipar jamban.Tapi kami tak peduli.Lantak lah.Asalkan berbaju.Dengan tudung yang agak selekeh.Sempoi giler kot.
Masa parking di basement tu ternampak lah si Farid Kamil.
Promote his film,
Aku Masih Dara.(tak penting pun tapi sengaja mahu cerita).
Bayangkan three of us punya attire dan juga
selipar toilet tu nak masuk cinema.Masa berjalan tu rasa macam cool habis lah.
Lantak lah orang nak cakap apa.Menggelakkan diri sendiri.Semua tu dibuat tanpa dirancang.
Siapa sangka kan.Mandi di
Changlun,lunch di
Jitra lepas tu boleh pula pergi tengok
Narnia walhal ada exam tu.
Anyway,
Narnia best.Tidak mengecewakan.Cinema time tu memang full lah.Masing-masing mahu menonton
Narnia.
Muka orang yang menumpang mandi
Our lunch:Ikan keli &ikan pari bakar,kari,cendawan goreng tepung,air asam & ulaman
Big mug
Pengakhiran
Apam balik yang rangup!
Selipar kami.Cantik tak?
Narnia
Memang penuh bergaya!
Kami cool