Tengok tajuk entri mesti ada fikir yang bukan-bukan.Betul tak?Ceh,malu pulak nak mengaku.Kalau malu tak payah mengaku la ye.Diam-diam sudah.Actually tajuk tiada kena-mengena pun.
Nak cerita saya punya habit pada you all.Saya ada satu habit yang adakalanya boleh buat orang rasa annoy dengan saya.Saya suka mesej or komen panjang berjela-jela,bermahalah.Itu memang hobi saya.Tapi kalau suruh buat karangan or nak mengarang ayat dalam exam,jadi blur plak.Pelik bukan?
Mungkin lebih selesa menulis dari bercakap.Saya kalau mesej orang memang panjang-panjang.Kadang-kadang sampai banyak pages la.Tapi bukan dengan semua orang la saya buat begitu.Kadang-kadang macam boleh jadi karangan.Adakalanya agak sakit hati bila saya tulis panjang-panjang lepas tu dibalas begini sahaja 'k'.Rasa macam sakit hati pun ada juga.Lain kali kalau aku tulis pendek-pendek ko jangan nak marah aku cakap aku mesej tak ikhlas.Kalau bising nescaya aku akan bagi ko penampar laju-laju.
Macam juga bila saya blogwalking.Saya kalau komen adakalanya buat orang rasa menyampah hingga tuan punya belog rasa begini
'kalau nak komen panjang-panjang baik ko buat entri sendiri.Ni komen ko panjangnya mengalahkan entri aku'.
Kalau ada bloggers cakap macam tu,lain kali saya tak mahu singgah dah di belog anda.
Macam juga birthday wishes.Saya sebenarnya tak berapa gemar wish dalam laman sosial sebab macam terbatas.Lebih suka bagi kad lepas tu buat karangan jenis ucapan dalam kad itu.Orang selalu cakap pada saya yang ucapan saya la paling panjang.Dah macam perutusan plak jadinya.Nak buat macam mana,banyak sangat yang saya nak ucapkan.Setahun sekali sahaja kot.
Pada yang tak suka tu,takpe lah ye sebab lepas ni saya pun tak mahu tulis panjang-panjang lagi.Pendek je saya mahu tulis.Okaylah,mengantuk dah.Jumpa lagi.Selamat malam semua.Jangan tidur lewat sebab nanti muka tak cantik.
2 comments:
haha..macam2 pe'el eh.. cik amal kalo nak tulis komen panjang2 kat blog saya.. anytime je boleh..sebab saye mmg suka baca komen orang.. (w/pun komen kat blog org laen) :p
Hehe...Suka komen panjang2.Lama kan tak komen di page sis Sue =)
Post a Comment