Wednesday, February 2, 2011

Nasi Lemak,Car Wash,Pisang Goreng,Hometown & Jeruk

Wah,panjang pulak tajuk entri kali ini.Mahu cerita semua sekali dalam satu entri.Kiranya all in one la ni.
Kisah semalam.
Malam sebelum tu my crime partner,cik Dayday ajak pergi breakfast di Kampung Darat.Well,my entry tentang Nasi Lemak Superb berjaya buat orang terliur.Pardon me!Maka seawal pagi(tak la awal macam hari tu pukul 5.00 pagi dah terpacak di gerai nasi lemak) dah memulakan misi makan nasi lemak.
Muka ceria dapat makan nasi lemak

Pukul 11.00 ada kelas fevret,Maritime.Ingatkan dah makan nasi lemak sure mengantuk dalam kelas yang tiga jam itu tapi memandangkan kelas best maka perasaan mengantuk itu tidaklah berani mahu memunculkan diri.Lepas kelas rush pergi bank atas sedikit urusan then next destination is car wash.Mahu mandikan my 'baby blue'.Kesian dia dah lama tak dimandikan.Almaklumlah,tuannya asyik busy memanjang.Singgah beli pisang goreng dan air kelapa untuk dikunyah time tunggu 'bayi biru' itu dimandikan.Pisang goreng makcik yang jual ni memang best.Sedap tau.Kiranya kalau beli dua hengget tu kau boleh makan sorang-sorang tanpa pedulikan orang sekeliling kau.Gerai pisang goreng ni letaknya berhadapan Public Bank Changlun.Laksa pun ada tau.Menikmati pisang goreng sambil menyedut air kelapa memang heaven rasanya.
Pisang goreng yang sedap!

Air kelapa=Ayaq nyiuq
Kisah hari ini pula.
Hari ini pulang ke rumah.Me,cik Mas,cik Juju,my junior Dayah and orang Tawau.Sebelum pulang wajib singgah gerai kuih dan nasi lemak tepi jalan.Kuih wajib beli setiap kali balik rumah adalah apam puri.Memang setiap kali nak balik wajib borong kuih ni.My family sangat suka.Sekali order sampai lima puluh bijik.Amek ko!Boleh jual balik di rumah.

Apam puri(intinya adalah kaya)

Nasi lemak pun best.Ada sambal bilis,sotong,udang dan daging.Harga pun murah.Makcik dan pakcik yang jual tu memang dah kenal kitaorang ni pun.Bukan je makcik and pakcik kuih tapi pakcik di stesyen minyak dan abang burger Changlun pun kenal kami.Ceh,perasan femes plak!Sila rasa menyampah ye!

Muka ceria nak balik rumah

Hari ni saya drive penuh berhemah.Tak ada nak drive laju-laju macam pelesit.Nanti kena speed trap sure menangis punya la.Singgah Butterworth drop cik Juju mahu balik Penang.As usual,beli jeruk sebagai buah tangan.Macam-macam jeruk ada.Jeruk bukan beruk!Beruk tu di Bukit Kachi je yang banyak.Tengok jeruk tu macam best je.So colorful tapi saya tak makan jeruk.Say no to jeruk and asam.

Jeruk sana jeruk sini

Sampai rumah almost 12.00 p.m.Lunch dan merehatkan diri.Take my time update entri before kemalasan meng'online'kan diri melanda.
To my dear readers yang bakal meraikan tahun baru pada esok hari,Happy Chinese New Year!
To all my friends and readers bergelar mahasiswa mahasiswi,selamat bercuti.Assignment jangan lupa buat ye.Take care.
Sekian,bye!

2 comments:

ferra ferro said...

ferra kalau pegi penang mesti beli jerok banyak banyak banyak . hihi =D

amalmeor said...

Ferra:suka jeruk juga ye?Tengok jeruk banyak2 tu mcm best je!