Bila si buaya darat menitiskan air mata,nampak macam sudah tidak kool bukan?
Masuk pada tajuk di atas.Semalam sambil menikmati juadah dari kampung halaman,saya dan crime partners bercotcet itu ini.Kalau dah sembang tu memang tak hengat dunia lah.Bak kata seorang teman,duniawi semata-mata!Dari satu bab ke satu bab kami borak.Bukan buat ketupat atau mengumpat ye.Oh tidak!Sembang hal ehwal isu semasa dan urusan akhirat.Ceh,tipu saja!
Salah satu isu yang we all sembang ofcoz perihal orang bercintan cintun bagai.Bukan hal kami tapi hal orang.
HAHAHA-gelak jahat sambil angkat kening.
Rasanya sekarang ni susah nak jumpa pasangan yang betul-betul setia.Baik lelaki mahupun perempuan.Dua-dua pun sama.Tak setia.Flirt sana sini.Dah ada sorang tapi tak cukup.Nak ramai-ramai.Sungguh tamak!
Sangat pelik.Bila buat taknak fikir, lepas dah jadi baru menyesal.Ei,tak guna la.Lain kali fikir la dulu.Jangan la dah terhantuk baru nak terngadah!Lepas tu mula la nangis,pujuk rayu bagai.Kalau perempuan nangis tu macam takpe lagi ni lelaki yang nangis.Nangis sebab buat salah.Lepas tu buat lagi.Lepas tu nangis lagi.Murah sangat ke air mata tu ha?Yang pasangan tu pulak,kalau dah ur partner buat macam tu,better fikir betul-betul sebelum terima dia semula dalam diri anda.Belum kawen pun dah tipu sana-sini.
Ini sedikit pesanan saya buat buaya-buaya di luar sana tak kira la buaya jantan atau buaya betina kan.Kalau anda nak curang sekalipun,pandai-pandai la cover ye.Kalau nak jadi 'buaya' yang hebat,sila belajar dari pakar.Kalau tak expert,jangan buat sebab orang lain akan nampak yang anda tu seorang yang bodoh teramat sangat.Oh,saya bukan nak menggalakkan anda jadi buaya tapi saya cuma nak pesan.Menyampah tengok orang yang kononnya rasa dia KASANOVA terhebat abad ini tapi sebenarnya dialah kasanova paling bodoh pernah saya jumpa!
Oh,tadi masa dekat dalam kelas pun lecturer cakap benda yang sama.Macam tau-tau pulak topik yang we all bincang semalam.Bukan dalam satu kelas tapi dua kelas lecturer cakap benda yang sama.Dua lecturer cakap the same thing.So,as a conclusion,fikir betul-betul la ye before nak bercintan cintun ni.Jangan mudah sangat percaya orang.Pada yang terasa or menyampah dengan entri ini,maknanya anda berada dalam situasi ini lah kan.
Sekian sahaja untuk kali ini.

4 comments:
seyes suke entry ni!!!
budget mcm bagus je....
Yes leya!
thanks sebab suka!
saya tahu siapa orang itu...hehe...~
Anny:hee~syuhhhh...diam2 suda ya~
Post a Comment