Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Cerita mula.Hari Rabu saya sudah rancang mahu keluar beli barang pada hari Khamis bersama cik Mas,cik Juju dan cik Ayu.Tapi plan berubah bila Hafeez ajak pergi tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa.

Cerita ni best.Kiranya tak rugi la bayar duit tiket.Mungkin tak sehebat Clash of Titans tapi bagi saya,cerita ini tetap hebat.Tapi yang tak best bila ada budak nakal tak reti duduk diam dalam panggung tu.Sangat hyperaktif I told u.Mengganggu konsentrasi saya dan orang lain.Parent dia pulak buat bodoh je.Sikit pun tak tegur.Mula la rasa nak bangun dan bagi penampar percuma.

Ini kudapan dalam perjalanan ke Jitra.Wajib beli pisang goreng di Changlun tu.

Apam balik ni rasa dia agak mengancam la.Rangup!

Wajib la beli tiket kan.Mana boleh masuk panggung sesuka hati je.

Wajah-wajah yang sungguh teruja mahu menonton Hikayat Merong Mahawangsa

Saya mahu minta ini pada ayahnda.Boleh bawak pergi kelas.

Destinasi seterusnya adalah pergi makan Char Koew Teow.Kali ini pilihan kami adalah Marvellous Char Koew Teow.
Tak sabar dah mahu mengisi perut.

Telur dibasuh:Ini sangat penting untuk menjamin kebersihan.Barulah customer tak was-was mahu makan.

Limau ais,limau suam,sirap limau dan teh bunga menjadi pilihan.

Tadaa.Makanan dah sampai.Frankly speaking,saya tidak berapa nak puas hati dengan rasa Char Koew Teow ni.Tidak mengancam seperti Char Koew Teow yang pernah saya makan sebelum ini.Ada kekecewaan di situ.

Disebabkan rasa yang tidak puas hati akibat makanan yang dimakan tidak dapat memenuhi selera saya maka dalam perjalanan pulang saya singgah di gerai burger pilihan.Mana lagi kalau bukan Gerai burger Abang Razie di Changlun.Oblong dia best.Tak kecewa la kalau beli.Mungkin tak sehebat Prosperity Burger tapi saya puas hati.Terasa nikmat tatkala menggigit daging dan rotinya.Kuah lada hitam membuatkan oblong ini sedap.Roti John pun boleh tahan.Saya pernah makan oblong di gerai lain dan di negeri lain tapi tidaklah sesedap yang ini.Tak tahulah pulak kalau saya yang belum berjodoh mahu jumpa yang lebih sedap dari ini.

Dijamin sedap!

Boleh la pilih mahu makan apa ye.

Khusyuk sungguh abang ni buat kerja.

Sudah beberapa suapan baru saya teringat mahu ambil gambar.Agak buruk sikit rupanya sebab beberapa bahagian sudah berjaya melepasi tekak.
Cerita tamat.

Sepatutnya entri ini saya publish semalam tetapi disebabkan pulang agak lewat dan badan agak penat maka baru sekarang saya berkesempatan mahu update.
Sekian sahaja untuk kali ini.Jumpa lagi!


1 comments:

juicy junkies said...

http://juicyjunkieswardrobe.blogspot.com/

check out this blogshop and follow us, happy shopping! :D