Astaghfirullah!Ni nak balas dendam ke apa.Memang teramat melampau.Ni kalau makcik pakcik tengok ni,confirm cancel nak dijadikan menantu.Reject awal-awal.
Ini kisah semalam.
Keluar ke Changlun sebab nak hantar orang yang mahu pulang ke kampung.Ramai bebudak sibuk balik kampung.Tau la musim cuti sekolah tapi U tak cuti pun.Kenapa u all sibuk-sibuk nak balik ha?Tak de assignment ke?
Selesai hantar orang.Rasa macam lapar.Kononnya mahu makan yang ringan-ringan je tapi entah macam mana termakan yang tak berapa nak ringan.Mungkin definisi ringan saya berbeza.
TERmasuk ke Restoran Yasmeen.Bukan sengaja nak masuk tapi TERmasuk.Saya ulangi,TERmasuk.
Bau ayam goreng menggugat keimanan.TERorder nasi bersama ayam goreng.Alamak,tak sengaja la.
Ini untuk makan malam.Memang sangat tinggi kalori.
Ini pun sama tinggi kalori.Tapi saya tak minum teh tarik pada malam kejadian.
Kisah hari ni pulak.Lepas subuh terus ke kampus atas sedikit 'urusan'.Pagi tadi tak sempat nak breakfast.Tak boleh kalau tak breakfast.Nanti mula rasa hidup tak complete.Oh,statement sangat!
Pergi ke Varsity mall mahu mengisi perut.Taknak makan yang heavy.Mahu cari mihun goreng kononnya tapi kecewa sebab hanya nasik bersama lauk pauk yang dihidangkan.Tak mahu!Tak mahu!Tak mahu nasik.
Jalan-jalan jap mahu cari sarapan pagi.Alamak,terlepas ke Changlun pulak.Mari ke kopitiam.Mahu makan half boil egg bersama roti bakar kononnya.Sekali bila dah sampai C-Kopitiam,lain pulak jadinya.
Satu perkara yang membuatkan saya nak marah.Tulis business hours 10 a.m tapi pukul 10.10 pun tak bukak lagi.Ni yang hangin neh!
Bila tengok menu,lain pulak jadinya.Roti bakar dan telur separuh masak entah ke mana.TERorder menu lain pulak.Aiseh...Asyik tersalah je.Ni semua salah kopitiam tu.Sape suruh bukak lambat.Kan dah tak jadi nak order half boiled egg dengan roti bakar.
Breakfast di sini.Brunch actually
Ipoh coffee,milo and Vietnese coffee
Sepatutnya breakfast pukul 9.00 pagi tapi disebabkan sudah pukul 11 maka brunch sajelah.Sizzling teriyaki rice pilihan saya dan cik Masliha
Half boiled egg dan roti bakar untuk cik Juju.Dia jaga badan.Nak jadi model la katakan.
Saya rasa saya mahu bertaubat.Tak mahu dah makan secara melampau.Malam ni tak payah gatal-gatal nak makan lagi.Kena diet ni.Nanti kolesterol tinggi susah pulak.Sekarang mahu siapkan assignment.Papai~
0 comments:
Post a Comment