Sudah pagi.Selalunya waktu begini orang bangun untuk qiamulail atau bertahajjud tapi saya bertahajjud di sini.
Ini kisah beberapa jam yang lepas.Actually lately macam sudah pening mahu lunch apa.Asyik lauk yang sama je.Kadang-kadang bertawaf satu cafe tu mahu pilih lauk but in the end ambil nasik sikit dan sayur with sup.Macam menu orang yang di hospital tu.Hehehe
Disebabkan kepeningan,maka saya ambil keputusan mahu makan makanan paling mahal dan susah disediakan.Tak lain dan tak bukan,mee segera.Hak Hak Hak.
Semester ni belum berjodoh lagi mahu makan mee segera yang disediakan sendiri.Stok di bilik pun tak terusik lagi.No good la makan mee segera ni.Tapi hari ini makan juga.Teringin.
ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak mee segera ye.
ni semasa proses memasak berlaku.Boleh nampak tak telur itu?
Mari taburkan sayur dan cili padi.Biar umphhh sikit!
Mee segera mahu dipindahkan ke dalam mangkuk
Tadaaa...siap untuk dimakan
Selepas makan tengah hari maka mahu sediakan minum petang pula.Bubur kacang hijau adalah menu untuk minum petang hari tu.Memang sudah lama rancang mahu buat bubur kacang ni.Chef pada hari itu adalah cik Masliha.Pagi tu siap pergi pasar Changlun lagi mahu beli barang-barang.Saya ni kalau pergi pasar,memang rambang mata.Tengok sayur yang hijau-hijau segar bugar tu rasa macam nak beli je.Mula la nak masak bukan-bukan.Tengok bunga kantan je mula la teringin mahu masak asam pedas Melaka ikan pari.Oh,heavennya kalau dapat masak.Tapi berangan je lah yang boleh.
Ini bahan utama untuk masak bubur kacang hijau.Kacang hijau ye bukan kacang merah
Mahu setori-mori sikit kisah di atas.Semua orang tahu kan ini apa?Sape tak tahu pergi tanya emak.Untuk masak bubur ofcoz la kena ada santan bukan?Tapi saya prefer kelapa@nyiuq dari beli santan.Santannya sikit dan agak mahal.So better beli kelapa and perah sendiri.Tadi masa nak beli benda ni,kawan saya cakap begini
Abang,kelape ada tak?
Dah la dia sebut kelape bukan kelapa.Orang tu pun terpinga-pinga.Maka saya dan kawan lagi sorang cepat-cepat sebut
Nyiuq.
Baru lah dia faham.Kalau u all nak beli kelapa kat utara,jangan la sebut kelape.Nanti diorang rasa pelik.Sila sebut NYIUQ.Sebut betul-betul,NYIUQ!
Tapi kan,agak geram dengan penjual nyiuq ni.Dia bagi yang hampas gitu.Memang hampeh betul la.Tak berkat berniaga kalau tipu-tipu macam neh.
yang ini pula adalah gula merah.Letak gula merah dalam bubur baru best.
ini semasa proses memasak.Bau memang menusuk kalbu.
ini pula adalah teh yang direbus bersama daun pandan,halia dan gula merah.Sedap u...Memang umphhh lah
Siap sedia untuk minum petang
Roti dicicah bersama bubur kacang hijau.Nikmat tak terkata.
Tengah sedap menikmati minum petang maka hujan pun turun.Mula-mula buat tak tahu je tapi bila makin lebat maka perlulah selamatkan diri.Nanti tak pasal-pasal pulak demam.
Bubur kacang kalau buat sendiri confirm sedap.Pekat dan cukup rasa.Kalau ada durian ni lagi bertambah umphhh...
Terima kasih pada Chef Masliha atas menu yang disajikan pada petang itu.Two thumbs up.Memang dah boleh kawen lah.
Sekian sahaja untuk kali ini.Kalau mahu resepi bubur kacang hijau,sila minta ye.Malas nak tulis kat sini.
Papai~
0 comments:
Post a Comment