Monday, March 14, 2011

Random Actions

Kalau anda rajin singgah FB saya mesti anda perasan kan yang saya pernah tulis saya meroyan nak makan eskrem Mat Kool yang bentuk macam pisang tu.Ada kan?Ingat tak?Kalau tak ingat tak apa.
Yes,sangat la meroyan mahu makan eskrem itu selepas tengok ada sorang budak ni punya la khusyuk makan eskrem itu.Cari punya cari finally jumpa juga.Ceh,mengalahkan budak umur 3 tahun yang mengamuk mahu minta eskrem pada emak tapi last-last dapat penampar percuma.Oh,sila berasa malu ye.
Bagaimana saya boleh berjumpa dengan eskrem itu ye?Meh sini saya mahu cerita sikit.
Cerita mula.
Tersebutlah alkisah saya yang mengidam mahu makan char koew teow di Pasar malam.Maka selepas solat maghrib turunlah saya ditemani dua orang inang yang comey lagi cantik lagi rupawan lagi jelitawan.Ah,cukuplah pujian itu.Nanti kembang kempis hidung mereka tatkala membaca ini.
Sekali sampai je kat pasar malam tu tengok char koew teow tak ada.Kecewa betul.Rasa macam mahu nangis guling-guling kat situ minta char koew toew(sungguh tak beretika).
Disebabkan rasa kecewa yang teramat sangat dan rasa lapar yang sungguh dahsyat maka saya membawa diri yang kecewa ini ke mall.Oh,pakcik yang jual ABC sedap tu bukak pulak gerai dia.Belek-belek eskrem.Sekali...yeah~
Mat Kool Mat kool kawanku...
Mari kita ikut Mat Kool...
Main-main selalu...
Syoknya syoknya ada Mat kool!

Ada eskrem pisang tu la.Beli jangan tak beli!

Tadaaa...dapat beli ini

ini sebelum kulitnya dibuka

tengok ni.Macam pisang betul kan?

Best kot dapat makan eskrem tu.Macam nak bagitahu satu dunia yang saya berjaya makan eskrem ni.Sungguh tak matang betul perangai.Ni kalau ada mana-mana makcik or pakcik nak buat menantu,confirm dia cancel!

Lepas puas makan eskrem maka bergerak ke cafe plak mahu dinner.Makan eskrem je mana nak kenyang kan.

ini sebagai pembuka selera

disebabkan char koew teow takde so terpaksa la pilih maggi ladna untuk dinner

yang ini hencek sekendel ex-sekendel yang belanja.Lain kali belanja lagi ye tapi nak Caramel Macchiato yang dekat Starbucks tu tau!
Sekian sahaja.Jumpa lagi.Papai~

AM:maaf gambar tak berapa nak cantik :)


0 comments: