Bukan sepuluh,bukan dua puluh mahupun tiga puluh hanger saya yang hilang tapi satu je yang hilang.
Hanger hilang pun nak kecoh.Ye,memang saya nak kecoh.Kalau boleh let the whole world tahu yang hanger saya telah hilang.Ceritanya bermula begini...
Semalam saya dengan rajinnya telah mencuci pakaian.Selepas dicuci maka saya menyangkut pakaian-pakaian tersebut pada penyangkut pakaian.Maka pada hari ini pakaian tersebut telah kering dan saya melipat,menggantung dan segala bagai lah yang boleh dibuat dengan pakaian itu.Maka pakaian-pakaian tersebut pun disimpan di dalam almari.Saya punya habit,saya suka mengira hanger.Pantang betul kalau tak cukup.
Satu dua tiga empat...tiga puluh sembilan.
Eh,mana hanger lagi satu?Hilang!Pergi mana pulak dah.(ngomel dalam hati)
Bila dah hilang,begini lah jadinya.Meroyan tak tentu arah.
Kepada sesiapa yang terjumpa hanger saya,sila lah suruh dia pulang ke pangkuan saya ye.Jangan lah seksa saya begini.Kepada sesiapa juga yang telah menculik hanger saya,saya merayu agar dipulangkan semula.
Kerjasama anda sangatlah saya hargai.Sekian,terima kasih.
Beginilah rupa hanger saya yang hilang tu!
0 comments:
Post a Comment