Tuan-tuan dan puan-puan,
Semalam,hari ini dan esok ada Karnival Kerjaya di UUM.Pada yang ada masa tu jemput lah datang ye.
Orait,mahu setori sikit pasal hari ini.Pagi tadi awal-awal pagi lagi dah keluar mahu bersenam robik di kampus.
Pukul 7.30 dah gerak masuk kampus.Berkobar-kobar ni mahu mengeluarkan peluh.Sekali pergi,tak ada sesiapa pun.Tunggu sampai pukul lapan lebih tapi tiada tanda-tanda mahu ber'aerobik'.Agak frust jugak lah.
Disebabkan tiada aktiviti itu,maka saya dan juga crime partner terhebat buat keputusan untuk bersenamrobik sendiri.Mahu tengok aksi kami?Sila scroll ke bawah ye.
Bersemangat mahu membakar lemak!
1
...
2
...
3
...
Tadaaaa
Inilah cara kami bersenamrobik.Hebat tak?Hebat kan?Kan?
Kononnya mahu membakar lemak tapi akhirnya menternak lemak.Aiyark...
Pagi tadi singgah di kedai nasi lemak lagenda,Kg Darat tapi nasi lemak dah habis.Maka terpaksalah ke Changlun mahu breakfast.Singgah di warung tepi jalan.Nasi lemak dia boleh la tahan.Not bad tapi tak lah sesedap macam Kg Darat.Tapi harganya mahal kot.Murah lagi nasik lemak Kg. Darat itu.Ada sedikit kekecewaan (padahal perut dah penuh).Disebabkan harga yang agak mahal,jadi kami bertiga sudah sepakat mahu BOYCOTT warung itu.Lepas ni tak mahu pergi dah.
Petang pulak we all attend Seminar Kerjaya PTD.
Sebentar tadi menikmati ABC bersama kentang goreng.
Lepas ni mahu tidur pula.Esok ada kelas.
Jumpa lagi.Terima kasih sebab sudi baca entri ini.Papai dears~
0 comments:
Post a Comment