Wednesday, April 27, 2011

Makan Malam yang MELAMPAU

Assalamualaikum my dear readers.
Hari ini saya cik Amal Meor ingin setori mori bersama cik Kiah dan cik Senah tentang satu kisah iaitu makan malam yang sungguh dahsyat.
Cerita mula.
Saya dan juga crime partners a.k.a triplet telah berpuasa sunat.Maka kami pun mahu berbuka puasa bersama-sama.Destinasi yang menjadi pilihan tak lain dan tak bukan adalah di Restoran Lynda Kuala Perlis.
My kembar lagi dua orang itu teringin mahu makan di Lynda.Yelah,selama ni saya pergi tak bawa mereka pun.
Sebab yang kedua pula mengapa kami gedik mahu buka puasa jauh-jauh adalah kerana kami mempunyai dana yang terkumpul.Dana ini adalah hasil titik peluh kami bertiga.Haruslah digunakan duit itu untuk tujuan mengisi kekosongan perut kan.
Lepas solat Asar maka berangkatlah kami bertiga ke Kuala Perlis.Mula-mula sekali mestilah cari masjid atau surau mahu solat Maghrib dulu.Sambil tu jenjalan mahu tunjuk Restoran Lynda.
Tapi guess what???Restoran Lynda sudah dirobohkan.Ada kekecewaan di situ.Sempat tanya orang if Lynda ni ada cawangan lain.Mujur ada.Maka berangkatlah kami ke restoran Lynda yang satu lagi.
Tapi kecewa lagi.TUTUP.
Dahlah tengah frust,tup tup hencek Suhasman hantar mesej begini:
Arsenal memang parah.Kalah terus.
Pakcik sorang ni memang nak kena betul tau.Tapi takpe.Saya cool je.Lupakan pasal dia.Sambung cerita tadi.
Maka terpaksa lah makan di jeti sahaja.Kedai yang menjadi pilihan adalah...alamak,tak ingatlah nama kedai tu apa.Pelik pulak saya tak ingat.Lapar dan kecewa punya pasal sampai tak sempat nak tengok apa nama kedai tu.Tapi kedai ni bersebelahan dengan Rohani ikan bakar.
Maka mengorderlah kami menu-menu yang menjadi pilihan.Alhamdulillah,syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat.
Masakan dia memang best.Sedap.Puas hati sangat makan di situ.Tambah makan bersama budak-budak sengal kan.Asyik ketawa je.

Triplet memakai baju yang sama.

Indahnya melihat sunset

Minuman pilihan:Laici susu

Ketam-ketaman dan ulam-ulaman

Ketam masak halia.Sedap!

Sambal udang petai.Sangat sedap tak terkata

Sotong goreng tepung yang crunchy

Ikan siakap bakar yang juicy

Juadah berbuka kami.Ini adalah untuk tiga orang makan ye

Mereka sangat khusyuk makan

Tuan punya belog teruja makan ketam.Tak pandang kiri kanan dah!

Lepas makan jom kita main-main!

Anyway,memang puas hati lah makan malam itu.Masakan yang sedap dan harga pun boleh tahan sedap jugaklah.
Sekian sahaja cerita kali ini.Jumpa lagi pada masa akan datang.
Papai~
Cerita tamat.




0 comments: