Saya membela terpaksa bela raksasa Gorgon ni beberapa purnama lepas.Tension ooo bela raksase neh.Bukan perkara mudah.Sebenarnya saya memang tak suka Gorgon ni tapi nak buat macam mana,dah orang bagi.Hari-hari pun saya tension mengadap muka Gorgon neh.Rasa macam nak muntah hijau sebab terpaksa tengok muka Gorgon hari-hari.Gorgon ni saya syak ada yang tak kena sikit la.Macam ada yang kurang.Dari segi fizikalnya okay sahaja tapi dari segi mental,memang nampak sangat kurang.
Gorgon ni tersangat la suka buat saya 'naik darah'.Hari-hari saya sebagai Otromen kena tahan sabar.Pernah juga saya 'memfire' Gorgon sebab masa tu kesabaran saya sebagai Otromen dah terbatas.Saya ingat lepas saya fire dia,dia akan jadi raksasa baik tapi saya silap.Lepas tu dia jadi nakal semula.Mula la hari-hari saya pun moody.Bila saya moody,sepatah haram pun saya tak bercakap dengan Gorgon.Tapi Gorgon ni bila saya buat derk je kat dia,mula la nak tarik perhatian saya.Macam-macam dia buat supaya perhatian saya tertarik tapi saya tetap buat bodoh sambil buat muka toya.Kejam tak saya?Kejam kan?Peduli apa saya.Suka hati saya la nak buat muka bodoh ke,muka comel ke hatta muka pandai sekalipun.
Disebabkan saya sudah tak tahan,saya pernah nak hantar semula Gorgon pada 'tuan' dia tapi sayang,tuan dia taknak pulak.Aiseh,nak taknak terpaksa la juga mengadap muka Gorgon hari-hari walaupun dah tak sanggup.
Untuk selesaikan masalah saya ni,saya telah mengadakan mesyuarat bersama Otromen-otromen lain.Macam-macam cadangan yang kawan-kawan seOtromen ni bagi.Kawan-kawan Otromen ni la yang banyak dengar luahan saya.Kesian pada mereka sebab selalu je dengar saya merungut.Kadang-kadang rasa macam loser sebab sebagai Otromen,saya tak berjaya hapuskan Gorgon.
Saya pernah 'mensaiko' Gorgon juga supaya dia rasa ter'saiko' tapi boleh pulak dia buat derk je.Siap buat muka tak bersalah langsung.In the end saya pulak yang 'saiko'.Tak suka!Tak suka!Tak suka!
Tapi sumpah Gorgon ni memang hebat gila kalau nak men'saiko' saya sebagai Otromen.
Haish...Kesian sungguh pada saya sebab kena jaga Gorgon untuk sepurnama lagi.Lepas tu,memang saya nak campak dia dalam laut.Taknak lagi dah bela Gorgon ni.Rimas.
Inilah rupa Raksasa Gorgon
Inilah saya sebagai Otromen
Gambar ni diambil sewaktu Persidangan Otromen Sedunia.Saya dan kawan-kawan juga hadir
Otromen:Sorry la Gorgon sebab tulis entry pasal awak.Saya memang sumpah tak tahan!



0 comments:
Post a Comment