Thursday, April 14, 2011

Pisang oh Pisang

Salam dears.
Dulu saya selalu terfikir mengapa pisang goreng yang selalu saya beli di Changlun itu sedap.Memang sedap lah pisang goreng itu.Tiap kali pergi Changlun mesti singgah beli.Kalau ada cik Masliha,wajib singgah.Dia memang peminat fanatik,bombastik,energetik mahupun plastik lah terhadap pisang goreng tersebut.
Sebab nak sangat nak tahu apakah rahsia kesedapan pisang goreng tersebut maka cik Masliha tanpa rasa segan silu bertanya kepada makcik penjual pisang goreng tersedap di Changlun untuk abad ini.
Rupanya makcik tu guna pisang awak manis atau juga dikenali sebagai pisang awak lilin.Patutlah sedap.
Ingatkan makcik tu guna pisang mas.


Ha,pisang mas kalau buat cekodok,memang sangat heaven lah rasanya.Di makan ketika panas bersama teh stroberi memang nikmat.
Bila cakap pasal cekodok,saya selalu beli cekodok yang dijual di Medan Selera Hijau Kuning(Bebudak UUM panggil Lego).
Kedai kuih yang jual cekodok neh bersebelahan kedai air yang ada jual soft aiskrim tu.Cekodok dia memang best.Ada la rasa pure pisang dan tak adalah rasa macam cekodok lain yang soda bikarbonat nya begitulah kuat.Tak sedap kalau cekodok begitu.


Lepas cerita pasal cekodok dan pisang goreng,mari lah kita cerita pasal pisang pula.Kesian hencek pisang sebab  tak ada pun nak setori mori pasal dia.Kalau tak ada hencek pisang,maka tak adalah pisang goreng,cekodok pisang,lepat pisang,kerepek pisang,pengat pisang mahupun Zombi Kampung Pisang.
Pisang ni ada pelbagai jenis.Pisang mas,pisang berangan,pisang awak,pisang abu,pisang kaki dan segala nama pisang lah.Cuba pergi google.Nanti boleh tau jenis-jenis pisang.Pisang yang tak pernah dengar pun ada.
Lain pisang,lain lah khasiatnya.Tapi pisang ni pemberi tenaga yang bagus dan juga sebagai pelawas yang baik.
Jadi,marilah kita makan pisang!
Sekian sahaja entry kali ini.
Papai~


0 comments: