Thursday, April 28, 2011

Update Pantas

Laporan terkini.
Kawasan di sekitar Bukit Kachi semakin sunyi.
Tiada lagi kelihatan para pelajar berjogging.Tiada lagi hiruk pikuk pelajar bermain badminton dan tiada lagi jeritan pelajar berebut bilik air di waktu begini.
Bilangan kenderaan di lot parking juga berkurangan.Jika sebelum ini mahu parking kereta pun susah tetapi hari ini tersangatlah lengang.
Mana semua orang pergi ni?Oh,semua sibuk mahu pulang ke kampung halaman.Biasalah student kan.Pantang ada cuti pasti akan pulang ke tanah air tercinta.
Bila dah sunyi begini tiba-tiba dihimpit rasa sepi.Tak tahulah mahu describe macam mana tapi perasaan ketika ini bercampur aduk.
Ada gembira,ada gundah gulana dan pelbagai perasaan yang mingle di dalam hati.
Rupanya masa tiga tahun itu semakin hampir.Bakal melangkah keluar dari UUM ni.
Gembira?Tidaklah.
Kalau ada pelajar yang tidak sabar mahu habis belajar sebab bosan tinggal di dalam hutan,saya tak pasti sama ada saya tergolong mahupun tidak.
Hampir tiga tahun di sini.Pelbagai suka dan duka yang ditempuhi.
Tak mahu membebel panjang lagi.Cukuplah setakat ini luahan yang terbuku di hati.Insyallah suatu hari akan saya summarize kan dan buat entri khas sepanjang bergelar pelajar Uni.
Kepada yang sudah pulang ke rumah,selamat bercuti.Jangan lupa study.
Sehingga bertemu lagi.
Sekian.



0 comments: