Monday, June 20, 2011

Let Me Blow Your Mind

As Salam dears and hi peeps.Lama rasanya tak jenguk sini.Kesian sama hencek belog sebab dia diabaikan.
Sekarang ni jangankan nak blogwalking tapi nak jenguk blog sendiri pun tak ada masa.Tersangatlah busy(ceh,ayat macam engkau tu Menteri Besar).
Maklumlah,sejak bergelar student praktikal ni memang tak ada masa lah nak online.Subuh katak sebelum matahari terbit dah keluar rumah.Balik kerja pulak bila sang bulan sudah memunculkan diri.Then nak masak untuk anak-anak plus kena kemas rumah.Memang penat yang teramat sangat lah.
Actually sangat tidak rajin mahu mengupdate belog dan tiada cerita menarik pun yang nak ditulis tapi bila readers bertanya dan demi tatapan my dear readers so update lah jugak.Erk...bukan tak ada cerita nak ditulis,banyak sebenarnya tapi entahlah.Vitamin M dalam badan terlebih kot.So much to say and to write tapi peram buat pekasam aje lah.I kalau tak membebel memang tak sah la kan.
Let me tell you my stories(banyak setories neh)

Setori satu
Sudah masuk minggu ketiga saya praktikal.Cepat bukan?Rasa macam baru je habis final exam.Hidup agak hectic.Keje boleh dikatakan banyak lah jugak tapi tak kesah.I learnt a lot.Sudah expert guna microsoft excel.Rasa bangga sekejap.Boleh dikatakan hari-hari mengadap statistik.Well,cik amal meor memang tak boleh tengok nombor.Nanti rasa nak muntah.Tapi memandangkan hari-hari ngadap nombor then did some calculation so rasa macam dah immune.Best pulak playing with numbers ni.Seronok beb macam buat bungee jumping.Then sejak praktikal ni I jadi budak baik.Selalu balik lambat.Kalau boleh claim OT memang duit tu boleh buat downpayment beli Golf GTi sebijik lah(melampau sangat angan-angan tu).
Anyway seronok jadi student praktikal because I gain a lot of knowledge and skill.

Setori dua
Yang ini tak tahu lah patut or tak nak tulis tapi hentam sajalah.Before that,mahu tanya anda-anda sekalian lah kan,how do you start a conversation with someone?Contohnya bila anda tengah tunggu bas nak balik kerja or dalam lif then you jumpa your colleague yang tak berapa nak rapat,so macam mana mahu mulakan conversation itu?Atau buat derk je sambil bermonolog dalam hati
Ah,lantaklah kat dia.Tak kuasa aku nak tegur.
Ataupun tanya soalan bodoh begini

Hai.Sorang je?(padahal waktu tu memang sah-sah la dia sorang)
Hah,selalu je berada di dalam situasi begitu.Suka tanya soalan yang tak logik.Bukan apa,kadang-kadang otak tak terfikir pun nak cakap pe.Kalau diam nanti kata sombong pulak.But sometimes I prefer remain silent so that tak terkeluar lah soalan atau ayat-ayat yang menyakitkan hati.

Setori tiga
Saya rasa saya sangat kuat makan sekarang ni.Mulut ni non stop eating.Aiyo,bahaya betul.Asal buat keje je mulut pun sama naik bekerja.In my drawer memang ada stok makanan lah tapi bukanlah makanan yang heavy.Melampau lah kalau ada stok nasi lemak,chicken chop,piza bagai dalam drawer.Then selalu je dapat makan free.Don't blame me kalau tahap kolesterol tinggi.

Setori empat
Saya rasa hari ni saya dah buat someone rasa annoyed dengan saya.Mungkin dia rasa tersangat pissed off with my words.I'm sorry.Sometimes I tak sedar that my words can hurt people.Yela,to be frank with you,I cakap apa yang I rasa.Sometimes I can't hide it.It is better to be frank kan daripada depan cakap lain then belakang kau kutuk kaw-kaw punya.To those yang terasa tu,sorry lah ye.Tak sengaja.

Banyak lagi setori yang penting tapi sengaja update setori yang tak penting ni dulu.Cukup lah setakat ini.Rasa macam sudah mumbling banyak sangat.Nanti ada yang rasa menyampah pulak.
Oh,update belog sambil makan pisang dan melayan lagu Perry Como-Catch Your Falling Star buatkan saya rasa heaven sebentar.Okaylah,mahu berhenti sudah.Nanti saya cerita lagi ye.Mahu sambung buat keje.Mungkin lepas ni belog akan bersawang seketika.Jumpa lagi nanti.
Bye!
It wasn't me!


0 comments: