Hari ini mood mahu mengupdate belog muncul.Bila dah rajin tu rajin sangat tapi bila vitamin M terlebih,jangan harap lah nak tengok ada entry baru.
Dah tiga minggu pun jadi student praktikal ni.Tiga minggu okay not tiga jam or tiga hari.Pantas bukan sang waktu itu bermarathon?
Saya,cik amal meor telah dicampak ke Machinery,Transportation,Logistic & MRO section.Ofis dekat level 9.Kalau rasa rindu dan nak datang melawat tu tersangatlah dialu-alukan.Tapi jangan lupa bawak buah tangan sekali ye.Bawak lah Jco donut satu kotak yang ada setengah dozen tu ke atau apa saja yang boleh dikunyah dan sedap.
Actually mahu introduce opismate pada anda-anda sekalian.Saya tidak bersendirian tercampak ke section ini tapi ada lagi 5 orang crime partner a.k.a otromen yang dicampak ke bahagian ini.Mereka-mereka itu ialah...
Otromen Shyan
Beliau merupakan satu-satunya lenglui di tempat kami.Sangat hebat dalam kira-kira.Budak pandai.Sangat expert dalam microsoft excel dan merupakan sifu kami di sini.Seorang yang tak banyak cakap.Suka menyanyi.Suka dengar lagu kak Siti juga.Tidak kurang juga boleh menyanyi lagu Tanil.Hebat bukan?Tapi beliau sudah berpunya.Jangan kecewa ye.
Otromen Habana
Dia ni kononnya lelaki melayu terakhir lah di division kami.Orang kata muka beliau ala-ala Black Mentor dan itu membuatkan beliau bertambah-tambah perasan.Suka cari pasal dengan saya.Kadang-kadang memang rasa nak cekik dia kuat-kuat.Sangat suka membahan orang.Opismate yang bagus sebab willing to help kawan-kawan yang lain(ceh,mesti ko perasan lebih neh).Sudah berpunya dan akan berkahwin tidak lama lagi dengan tema kain batik dan kain pelikat.
Otromen Pridiv
Yang ini pula merupakan opismate yang tak lama lagi akan menjadi ADUN bahagian Damansara.Gaya ala-ala macam orang-orang besar dan dato-dato pun ada.Beliau akan diterbangkan ke Seoul pada bulan hadapan untuk bergadingan bersama Ha Yun Joo bersama-sama berlakon di dalam drama bersiri Boys Over Flyover.Beliau juga sudah berpunya.Pada gadis-gadis di luar sana yang berminat pada beliau,sila jangan kecewa ye.
Otromen Ema
Gadis yang ayu gitu di division kami.Lemah-lembut dan bersopan santun je orangya.Status beliau masih belum dapat dikenalpasti kerana belum diupdate di dalam data para otromen.Tidaklah banyak bercakap orangnya jika mahu dibandingkan dengan saya.Kalau mahu berkenalan bolehlah bertandang ke level 9.
Otromen masmelon
Masmelon merupakan nama glamer beliau di kalangan otromen.Beliau merupakan crime partner saya semasa masih menuntut di Universiti Ultraman Malaysia lagi.Tak sangka kami satu division.Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang beliau bolehlah tanya pada tuan empunya badan ye.Status beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
Otromen amal
Tadaaaa!!!Ini adalah saya.Penuh bergaya bukan?Saya adalah otromen yang suka makan.Makan itu indah (pinjam quote Mr Kerol Akim).Pernah melawan raksasa GORGON tau.Hebat kan saya?Mahu tahu lagi tentang otromen amal boleh tanya hencek google(erk...ada ke?).
Cukuplah membebel setakat itu.Actually ramai lagi otromen yang mahu diperkenalkan tapi tunggu sajalah entry akan datang ye.Tak larat nak tulis banyak-banyak.
Sehingga bertemu lagi.
Tschuss~






0 comments:
Post a Comment