Sihatkah kalian?Sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa.Sungguh pantas masa berlalu bukan.
Nothing much to talk about.Eh silap.So many stories I want to share with you guys tapi tak sempat nak menaip.Banyak sangat.Kadang-kadang rasa macam nak jadi vlogger pulak.Senang kan.Cakap je.
Entri kali ni nak cerita pasal Ramadhan saya di negara orang.Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai suasana tersebut.
Dekat sini of course lah tak ada bazar ramadhan macam kat Malaysia tu.So tak payah la nak berangan nak beli ayam percik,nak makan kuih cara atau bubur lambuk kan.Tak ada kat sini.
Selalunya untuk berbuka saya dan housemates masak ataupun berbuka di masjid.Juadah berbuka di Masjid Ammar & Osman(Wanchai) agak mewah.Ada sayur,ada kari kambing,ada ayam dan macam-macam lah.
Setiap hari sabtu pula kami berbuka di Embassy.Bila berbuka di embassy agak seronok sebab can meet Malaysian here.Makanan Malaysia seperti agar-agar cendol,laksa dan sebagainya boleh la jumpa waktu ni.
Di sebabkan jarak antara rumah dengan masjid tidaklah begitu jauh maka dapatlah saya dan partner,cik Asma menunaikan solat terawih di masjid.
Pengalaman solat terawih yang tak boleh lupa adalah on the first day solat terawih.Maklumlah,mazhab berbeza jadinya cara solat terawih juga agak berbeza.Kalau di Malaysia,solat witir dilakukan tiga rakaat dengan dua kali salam dan doa Qunut dibaca pada malam ke-23(seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan) tetapi di sini solat witir dilakukan tiga rakaat sekaligus dan sekali salam beserta dengan doa Qunut.Masa mula-mula solat tu memang pandang kiri kanan sebab tak biasa dilakukan waktu di Malaysia.
Seronok sebenarnya dapat berbuka dan solat terawih di Masjid.Suasana berbeza and you can meet Muslims all over the world there.
Dekat sini orang selalu salah tafsir tentang kewarganegaraan kami.Most of them akan ingat yang we all ni Philippino,Indians or Pakistan.Ada jugak yang kata kami ni Chinese Muslim.Alahai...We are Malaysian :)
Oh ya,tajuk di atas tak sama bukan dengan cerita yang saya tulis?Okay,sekarang masuk cerita berkaitan tajuk di atas.Actually mummy cik Asma ada hantar parcel from Malaysia.Guess what apa yang ada di dalam tu?Of course lah ada kicap,nasi impit segera with kuah kacang,semprit dan tart nenas.Wah,heavennya.
Actually saya yang beria sangat nak kicap tu sebab dah puas cari kicap halal kat sini tapi so far tak jumpa.Bila jumpa kicap je rasa macam gila sebentar.Tak jumpa kicap sebulan rasa macam tak lengkap hidup.
Okaylah,sampai di sini sahaja bebelan saya.Jumpa lagi nanti.
Tschuss~
Finally jumpa jugak buah hati
Belum raya semprit dah habis
Roasted duck!-wajib makan if datang HK
Berbuka puasa bersama ATC,Mr.Amin (MATRADE HQ) & Mr. Azrin(EXIM Bank)
Somtam in HK
Jumpa ini di sini.Tapi rasa agak berbeza
Puan belanja ini sebagai pencuci mulut
0 comments:
Post a Comment