Friday, January 6, 2012

Stress

Berkurun rasanya tak update blog.Takde hati nak update.Banyak entri yang dibiar tanpa dipublish.
Minggu ni bila start je budak-budak sekolah,perasaan kecewa bila memandu makin menjadi-jadi.
Sebab terlalu kecewa lah maka entri ni nak publish jugak.
Orang kata,jangan suka cari kesalahan orang sebab diri sendiri pun ada salah.Betul la tu tapi tak peduli nak luahkan jugak.
Meh sini nak bagitahu kenapa dua tiga hari ni kecewa betul bila drive.
Pertama,bila nak ambil atau hantar adik sekolah time tu rasa kemarahan tahap dewa.Yela,yang parent hantar anak ni kadang-kadang tak tahu lah mereka pikir macam mana.Suka hati park kereta tengah jalan.Tak pasal-pasal jalan jam lepas tu berhenti bukan sekejap tapi lama.Cuma la guna akal tu sikit.
Kes ni bukan je berlaku depan sekolah tapi depan bank,depan pasar dan mana-mana kawasan tumpuan la.
Yang kedua,bawak kereta slow macam siput babi tapi drive di lane kanan.Ya Tuhan,kalau rasa nak bawak kurang dari 40km/j boleh la bawak kereta di lake garden.Sudahlah slow teramat sangat lepas tu duduk lane kanan.Berderet la kereta kat belakang tu nak ikut bontot kereta yang slow tu.
Yang ketiga,speeding tak kena tempat.Tak kisah la kereta tu canggih dan mahal pun.Takkan la dekat kawasan perumahan engkau nak bawak 90km/j kan.Nanti ada kanak-kanak melintas ke apa ke,tak ke bahaya tu.
Yang keempat,tolong la guna SINGNAL tu dengan betul.Ada yang selamba badak je bila nak belok tak bagi signal.Ada pulak yang nak belok kiri tapi signal nya ke kanan.Alahai.
Yang kelima,keenam,ketujuh tu tak payah la nak tulis.Banyak sangat orang menyampah nak baca.Kalau banyak-banyak baik buat ceramah tentang Keselamatan di Jalan Raya ye dak?
Sebelum terlupa,rasanya pakcik atau makcik yang dah tua dan rasanya sudah agak uzur tu tak payah la drive.Bukan apa,kesian dan membahayakan keselamatan.Ni nak bukak pintu kereta pun terketar-ketar.
So before stop bebelan,sorry lah kalau ada yang rasa menyampah atau apa.Sedar yang diri sendiri pun ada buat salah juga.
Bye!



Wednesday, September 14, 2011

#Wordless Wednesday#

~My silence talks more than I do~

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday



Friday, August 12, 2011

Kisah Kicap & Semprit

Assalamualaikum and hello peeps!
Sihatkah kalian?Sudah masuk hari ke 12 kita berpuasa.Sungguh pantas masa berlalu bukan.
Nothing much to talk about.Eh silap.So many stories I want to share with you guys tapi tak sempat nak menaip.Banyak sangat.Kadang-kadang rasa macam nak jadi vlogger pulak.Senang kan.Cakap je.
Entri kali ni nak cerita pasal Ramadhan saya di negara orang.Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai suasana tersebut.
Dekat sini of course lah tak ada bazar ramadhan macam kat Malaysia tu.So tak payah la nak berangan nak beli ayam percik,nak makan kuih cara atau bubur lambuk kan.Tak ada kat sini.
Selalunya untuk berbuka saya dan housemates masak ataupun berbuka di masjid.Juadah berbuka di Masjid Ammar & Osman(Wanchai) agak mewah.Ada sayur,ada kari kambing,ada ayam dan macam-macam lah.
Setiap hari sabtu pula kami berbuka di Embassy.Bila berbuka di embassy agak seronok sebab can meet Malaysian here.Makanan Malaysia seperti agar-agar cendol,laksa dan sebagainya boleh la jumpa waktu ni.
Di sebabkan jarak antara rumah dengan masjid tidaklah begitu jauh maka dapatlah saya dan partner,cik Asma menunaikan solat terawih di masjid.
Pengalaman solat terawih yang tak boleh lupa adalah on the first day solat terawih.Maklumlah,mazhab berbeza jadinya cara solat terawih juga agak berbeza.Kalau di Malaysia,solat witir dilakukan tiga rakaat dengan dua kali salam dan doa Qunut dibaca pada malam ke-23(seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan) tetapi di sini solat witir dilakukan tiga rakaat sekaligus dan sekali salam beserta dengan doa Qunut.Masa mula-mula solat tu memang pandang kiri kanan sebab tak biasa dilakukan waktu di Malaysia.
Seronok sebenarnya dapat berbuka dan solat terawih di Masjid.Suasana berbeza and you can meet Muslims all over the world there.
Dekat sini orang selalu salah tafsir tentang kewarganegaraan kami.Most of them akan ingat yang we all ni Philippino,Indians or Pakistan.Ada jugak yang kata kami ni Chinese Muslim.Alahai...We are Malaysian :)
Oh ya,tajuk di atas tak sama bukan dengan cerita yang saya tulis?Okay,sekarang masuk cerita berkaitan tajuk di atas.Actually mummy cik Asma ada hantar parcel from Malaysia.Guess what apa yang ada di dalam tu?Of course lah ada kicap,nasi impit segera with kuah kacang,semprit dan tart nenas.Wah,heavennya.
Actually saya yang beria sangat nak kicap tu sebab dah puas cari kicap halal kat sini tapi so far tak jumpa.Bila jumpa kicap je rasa macam gila sebentar.Tak jumpa kicap sebulan rasa macam tak lengkap hidup.
Okaylah,sampai di sini sahaja bebelan saya.Jumpa lagi nanti.
Tschuss~
Finally jumpa jugak buah hati

Belum raya semprit dah habis

Roasted duck!-wajib makan if datang HK

Berbuka puasa bersama ATC,Mr.Amin (MATRADE HQ) & Mr. Azrin(EXIM Bank)

Somtam in HK

Jumpa ini di sini.Tapi rasa agak berbeza

Puan belanja ini sebagai pencuci mulut



Friday, June 24, 2011

Paint My Love

Hi peeps!Sihatkah kalian?
Hari ini mood mahu mengupdate belog muncul.Bila dah rajin tu rajin sangat tapi bila vitamin M terlebih,jangan harap lah nak tengok ada entry baru.
Dah tiga minggu pun jadi student praktikal ni.Tiga minggu okay not tiga jam or tiga hari.Pantas bukan sang waktu itu bermarathon?
Saya,cik amal meor telah dicampak ke Machinery,Transportation,Logistic & MRO section.Ofis dekat level 9.Kalau rasa rindu dan nak datang melawat tu tersangatlah dialu-alukan.Tapi jangan lupa bawak buah tangan sekali ye.Bawak lah Jco donut satu kotak yang ada setengah dozen tu ke atau apa saja yang boleh dikunyah dan sedap.
Actually mahu introduce opismate pada anda-anda sekalian.Saya tidak bersendirian tercampak ke section ini tapi ada lagi 5 orang crime partner a.k.a otromen yang dicampak ke bahagian ini.Mereka-mereka itu ialah...

Otromen Shyan
Beliau merupakan satu-satunya lenglui di tempat kami.Sangat hebat dalam kira-kira.Budak pandai.Sangat expert dalam microsoft excel dan merupakan sifu kami di sini.Seorang yang tak banyak cakap.Suka menyanyi.Suka dengar lagu kak Siti juga.Tidak kurang juga boleh menyanyi lagu Tanil.Hebat bukan?Tapi beliau sudah berpunya.Jangan kecewa ye.
Otromen Habana
Dia ni kononnya lelaki melayu terakhir lah di division kami.Orang kata muka beliau ala-ala Black Mentor dan itu membuatkan beliau bertambah-tambah perasan.Suka cari pasal dengan saya.Kadang-kadang memang rasa nak cekik dia kuat-kuat.Sangat suka membahan orang.Opismate yang bagus sebab willing to help kawan-kawan yang lain(ceh,mesti ko perasan lebih neh).Sudah berpunya dan akan berkahwin tidak lama lagi dengan tema kain batik dan kain pelikat.

Otromen Pridiv
Yang ini pula merupakan opismate yang tak lama lagi akan menjadi ADUN bahagian Damansara.Gaya ala-ala macam orang-orang besar dan dato-dato pun ada.Beliau akan diterbangkan ke Seoul pada bulan hadapan untuk bergadingan bersama Ha Yun Joo bersama-sama berlakon di dalam drama bersiri Boys Over Flyover.Beliau juga sudah berpunya.Pada gadis-gadis di luar sana yang berminat pada beliau,sila jangan kecewa ye.

Otromen Ema
Gadis yang ayu gitu di division kami.Lemah-lembut dan bersopan santun je orangya.Status beliau masih belum dapat dikenalpasti kerana belum diupdate di dalam data para otromen.Tidaklah banyak bercakap orangnya jika mahu dibandingkan dengan saya.Kalau mahu berkenalan bolehlah bertandang ke level 9.

Otromen masmelon
Masmelon merupakan nama glamer beliau di kalangan otromen.Beliau merupakan crime partner saya semasa masih menuntut di Universiti Ultraman Malaysia lagi.Tak sangka kami satu division.Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang beliau bolehlah tanya pada tuan empunya badan ye.Status beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Otromen amal
Tadaaaa!!!Ini adalah saya.Penuh bergaya bukan?Saya adalah otromen yang suka makan.Makan itu indah (pinjam quote Mr Kerol Akim).Pernah melawan raksasa GORGON tau.Hebat kan saya?Mahu tahu lagi tentang otromen amal boleh tanya hencek google(erk...ada ke?).

Cukuplah membebel setakat itu.Actually ramai lagi otromen yang mahu diperkenalkan tapi tunggu sajalah entry akan datang ye.Tak larat nak tulis banyak-banyak.
Sehingga bertemu lagi.
Tschuss~



Monday, June 20, 2011

Let Me Blow Your Mind

As Salam dears and hi peeps.Lama rasanya tak jenguk sini.Kesian sama hencek belog sebab dia diabaikan.
Sekarang ni jangankan nak blogwalking tapi nak jenguk blog sendiri pun tak ada masa.Tersangatlah busy(ceh,ayat macam engkau tu Menteri Besar).
Maklumlah,sejak bergelar student praktikal ni memang tak ada masa lah nak online.Subuh katak sebelum matahari terbit dah keluar rumah.Balik kerja pulak bila sang bulan sudah memunculkan diri.Then nak masak untuk anak-anak plus kena kemas rumah.Memang penat yang teramat sangat lah.
Actually sangat tidak rajin mahu mengupdate belog dan tiada cerita menarik pun yang nak ditulis tapi bila readers bertanya dan demi tatapan my dear readers so update lah jugak.Erk...bukan tak ada cerita nak ditulis,banyak sebenarnya tapi entahlah.Vitamin M dalam badan terlebih kot.So much to say and to write tapi peram buat pekasam aje lah.I kalau tak membebel memang tak sah la kan.
Let me tell you my stories(banyak setories neh)

Setori satu
Sudah masuk minggu ketiga saya praktikal.Cepat bukan?Rasa macam baru je habis final exam.Hidup agak hectic.Keje boleh dikatakan banyak lah jugak tapi tak kesah.I learnt a lot.Sudah expert guna microsoft excel.Rasa bangga sekejap.Boleh dikatakan hari-hari mengadap statistik.Well,cik amal meor memang tak boleh tengok nombor.Nanti rasa nak muntah.Tapi memandangkan hari-hari ngadap nombor then did some calculation so rasa macam dah immune.Best pulak playing with numbers ni.Seronok beb macam buat bungee jumping.Then sejak praktikal ni I jadi budak baik.Selalu balik lambat.Kalau boleh claim OT memang duit tu boleh buat downpayment beli Golf GTi sebijik lah(melampau sangat angan-angan tu).
Anyway seronok jadi student praktikal because I gain a lot of knowledge and skill.

Setori dua
Yang ini tak tahu lah patut or tak nak tulis tapi hentam sajalah.Before that,mahu tanya anda-anda sekalian lah kan,how do you start a conversation with someone?Contohnya bila anda tengah tunggu bas nak balik kerja or dalam lif then you jumpa your colleague yang tak berapa nak rapat,so macam mana mahu mulakan conversation itu?Atau buat derk je sambil bermonolog dalam hati
Ah,lantaklah kat dia.Tak kuasa aku nak tegur.
Ataupun tanya soalan bodoh begini

Hai.Sorang je?(padahal waktu tu memang sah-sah la dia sorang)
Hah,selalu je berada di dalam situasi begitu.Suka tanya soalan yang tak logik.Bukan apa,kadang-kadang otak tak terfikir pun nak cakap pe.Kalau diam nanti kata sombong pulak.But sometimes I prefer remain silent so that tak terkeluar lah soalan atau ayat-ayat yang menyakitkan hati.

Setori tiga
Saya rasa saya sangat kuat makan sekarang ni.Mulut ni non stop eating.Aiyo,bahaya betul.Asal buat keje je mulut pun sama naik bekerja.In my drawer memang ada stok makanan lah tapi bukanlah makanan yang heavy.Melampau lah kalau ada stok nasi lemak,chicken chop,piza bagai dalam drawer.Then selalu je dapat makan free.Don't blame me kalau tahap kolesterol tinggi.

Setori empat
Saya rasa hari ni saya dah buat someone rasa annoyed dengan saya.Mungkin dia rasa tersangat pissed off with my words.I'm sorry.Sometimes I tak sedar that my words can hurt people.Yela,to be frank with you,I cakap apa yang I rasa.Sometimes I can't hide it.It is better to be frank kan daripada depan cakap lain then belakang kau kutuk kaw-kaw punya.To those yang terasa tu,sorry lah ye.Tak sengaja.

Banyak lagi setori yang penting tapi sengaja update setori yang tak penting ni dulu.Cukup lah setakat ini.Rasa macam sudah mumbling banyak sangat.Nanti ada yang rasa menyampah pulak.
Oh,update belog sambil makan pisang dan melayan lagu Perry Como-Catch Your Falling Star buatkan saya rasa heaven sebentar.Okaylah,mahu berhenti sudah.Nanti saya cerita lagi ye.Mahu sambung buat keje.Mungkin lepas ni belog akan bersawang seketika.Jumpa lagi nanti.
Bye!
It wasn't me!


Wednesday, May 25, 2011

Ich Werde Sie Vermissen...

As salam dears and hi peeps!
Wah,tamat sudah exam untuk semester ni.Next semester Insyallah no more exam.
Alhamdulillah sepanjang minggu exam semuanya berjalan lancar.
Supposed balik hari ni after exam tapi disebabkan terlalu sayang nak tinggalkan UUM(orang-orang di UUM actually) maka saya decide balik esok je lah.Harap-harap esok saya tak ubah fikiran lagi nak balik lusa pulak.Oh tidak!!!
Tadi masa jawab exam Maritim ada kesayuan di situ.Tengah syok jawab exam tetiba teringat kenangan lama.Terus stuck tak boleh jawab.Sedih kot!Ah,gedik sungguh.
Tak mahu bebel banyak-banyak.Penat menulis.Cuma nak bagitahu u all yang I'm going to miss...
  • My campus life-friends dan lecturers
  • Berebut naik bus UNIC Liner nak pergi dan balik kelas
  • Angkat tangan bila lalu depan gate yang ada pakcik UK(unit keselamatan) dan touch kad matrik so that palang tu terbuka dan saya boleh masuk.
  • Cafe-makanan dan owner cafe.Pakngah dan Makngah.Saya suka makan nasi putih ayam tiga rasa.Ada cucuk-cucuk bakar.Dekat tempat saya tak ada benda tu.
  • Basuh baju secara berjemaah di pantry.
  • Nasi lemak Kg. Darat yang sedap.Harga dia juta-juta ooo.
  • ABC Pakcik Rock di Kachi Mall.Sosej yang dijual di situ pun best!
  • Aiskrim goreng dan corn in cup di Varsity mall yang best!Corn in cup lemak berkrim :)
  • Oblong Abang Radzi dekat Changlun.
  • PMC-Pasar Malam Changlun.
  • C-Mart tapi kalau rasa nak urban sila sebut sebagai Cavillion ye.(kan bunyinya ala-ala Pavi)
  • Solat terawih with crime partners di Masjid Kachi
  • Naik basikal pusing UUM 
  • Cekodok yang jual di lego
  • Angkat kotak dan luggage secara solo yang sumpah berat giler dari paras 3 ke paras satu bila hujung sem dan kemudian angkat semula dari stor di paras 1 ke bilik di paras 3 pada awal sem.

My coursemate.They are very super duper sengal :)

DPP terchenta.Segalanya ada di sini :)


Lanyard bersama kad matrik

My room.Di sinilah segala aktiviti berlaku

Monyet yang suka semakkan tong sampah

Kawan baik saya.Hencek W.M

Lanyard yang ada kunci bilik.Pergi mana-mana mesti kena pakai ini


Sure nanti bila dah keluar je dari lembah Sintok ni akan tersangatlah merindui perkara-perkara tersebut.
Last but not least,saya bakal merindui orang yang saya selalu ajak dia tengok bintang.Entah bila lah dapat bertemu lagi.Anyway,saya doakan semoga awak berjaya di dunia dan akhirat.
Okay.Cukuplah saya senaraikan banyak tu je.Kalau ikutkan,memang banyak panjang berjela lah listnya.
Semoga kita bertemu lagi.
Ich werde dich vermissen!
Tschuss~